CinTa BerLaLu DaN MeNanTi


Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti
kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas
di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah
berlalu jauh meninggalkan kita.
Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang
cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang.
Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun.
Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang
kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.
Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta
yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal
yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya
dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…
kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

 

0 Responses to CinTa BerLaLu DaN MeNanTi