CinTa BerLaLu DaN MeNanTi

⊆ 3:00 AM by pegasus | ˜ 0 comments »


Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti
kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas
di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah
berlalu jauh meninggalkan kita.
Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang
cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang.
Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun.
Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang
kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.
Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta
yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal
yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya
dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…
kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

 

Mencari Kelainan

⊆ 3:53 AM by pegasus | ˜ 0 comments »

Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun

selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri

 

Tentang Kite...

⊆ 3:45 AM by pegasus | ˜ 0 comments »

Kadang kala

ketika kita menangis
tiada orang nampak tangisan kita
Kadang kala
ketika kita sedang menderita
tiada orang nampak derita kita
Kadang kala
ketika kita risau
tiada org nampak kerisauan kita
Kadang kala
ketika kita gembira
tiada org nampak kegembiraan kita
Tetapi.....
Kadangkala
kadangkala kita terKENTUT!! Sekali je cukup...
Semua orang tau!!
Hahahaha

 

Kenangan

⊆ 3:42 AM by pegasus | ˜ 0 comments »

Bayangkan kita mencintai seseorang Kita terlalu sayang pada seseorang Sanggup lakukan apa sahaja demi CINTA ? (kononnya wujud dalam dirinya) Sanggup tempuhi perit derita ketika ingin bersama Tapi akhir kita jatuh tersungkur Luka yang tidak nampak mata kasar Luka yang berdarah tapi tidak mengalir Luka yang tidak boleh di ubati dengan Panadol Luka yang kita sendiri tahu betapa sakitnya ? Kadang kala tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataankan. Percayalah, kadangkala kita jarang menghargai saat manis dengan orang yang kita sayang hingga kita kehilangan baru kita sedar alangkah ruginya kita terlepas banyak kenangan indah bersama. Jangan dibunuh kenangan itu sebab ia kenangan yang mungkin tak akan berulang lagi. Beri peluang pada diri cipta sebanyak kenangan sebab kita tak pasti apa akan jadi esok hari. Mungkin kita tak berpeluang lagi mencipta kenangan dengan orang yang kita sayang...